Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat wajar menggelorakan semangat patriotik cinta negara setiap masa

Juhar (tengah) bergambar kenangan bersama Suwadi (tiga dari kiri) bersama rombongannya, Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

KOTA KINABALU : Jabatan Penerangan (Japen) Sabah mengajak masyarakat di negeri ini agar sentiasa merasai gelora terhadap semangat patriotik cinta dan sayang akan negara khususnya di negeri Sabah.

Pengarah Penerangan Sabah, Suwadi Guliling berkata, semangat patriotik tidak seharusnya disemai semasa ingin menyambut bulan kemerdekaan sahaja malah ia perlu digelorakan sepanjang tahun.

“Sebelum ini, masyarakat hanya menganggap gelora dan semangat cinta negara hanya bermula pada bulan ogos sahaja apabila pelbagai kempen cinta negara memperingati kemerdekaan di laksanakan sepanjang bulan terbabit.

“Masyarakat terutama kalangan belia seharusnya tidak lagi menganggap semangat cinta negara hanya berlaku pada bulan-bulan tertentu tetapi ia perlu sepanjang tahun.

Jelasnya lagi, Jabatan Penerangan (Japen) sentiasa mengambil pelbagai pendekatan dalam usaha menggelorakan semangat patriotik di kalangan masyarakat dan belia melalui aktiviti bersemuka turun padang bertemu masyarakat di seluruh negeri ini.

“Disamping itu, aktiviti-aktiviti penyebaran maklumat melalui media sosial seperti di Facebook, Instagram dan Twitter turut di pertingkatkan bagi memastikan masyarakat dan generasi muda sentiasa memiliki jiwa patriotik mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan terus menggerakkan usaha-usaha ke arah pembentukan jiwa patriotik kalangan masyarakat kerana apa yang lebih di bimbangi adalah bukan musuh dari luar yang jelas menentang negara tetapi musuh dari kalangan anak bangsa sendiri yang akan membantutkan pembentukan masyarakat cinta negara tersebut.

Suwadi berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, kelmarin.

Tambah beliau, Japen terus komited memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan supaya masyarakat dapat memahami dengan mudah arah pembangunan negara.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK), Sakka Nordin dan pegawai-pegawai dari Japen Sabah./PENERANGAN-

 

Komen


Berita Berkaitan