Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat Ubian Perlu Rebut Peluang Ekonomi – Salleh

8:04pm 28/11/2015 Pak Roshan 189 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

salleh 2

KOTA BELUD : Masyarakat Ubian di negeri ini perlu melengkapkan diri dengan kemahiran bagi merebut peluang dan memanfaatkan potensi ekonomi sedia ada, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini kerana banyak peluang ekonomi yang terbuka untuk masyarakat itu terutama dalam sektor pelancongan.

“Sebagai contoh, Pulau Mantanani di Kota Belud berpotensi dimajukan sebagai pusat pelancongan khususnya aktiviti menyelam.

“Sebagai wakil rakyat, saya berusaha menarik pelabur untuk memajukan pusat pelancongan di Kota Belud terutama Pulau Mantanani, dan beberapa syarikat telah menyatakan minat meneroka potensi pelancongan di pulau itu,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika merasmikan Dewan Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Ubian (Perubah) di sini, hari ini.

Beliau turut berharap persatuan berkenaan dapat memainkan peranan dengan merancang dan memikirkan apa yang terbaik untuk masyarakat itu terutama generasi muda supaya mereka mendapat latihan dan kemahiran, termasuk menguasai bahasa asing yang amat diperlukan dalam sektor pelancongan.

“Oleh itu, persatuan ini perlu melakukan anjakan paradigma dan memikirkan apa yang terbaik untuk masa depan masyarakat Ubian,” katanya.

Salleh turut meminta budaya masyarakat itu dibukukan agar menjadi rujukan dan pegangan golongan muda pada masa akan datang, manakala persatuan dapat menyumbang kepada pemantapan nilai budaya selain bidang pendidikan.

Terdahulu, semasa berucap melancarkan Program Membara 2015 anjuran Biro Kebajikan Umno Bahagian Kota Belud, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata politik merupakan wadah terbaik untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

“Politik saingan memerlukan kita sentiasa memberi khidmat kepada masyarakat dan meyakinkan pengundi parti kita lebih baik daripada pesaing yang bergolak ketika ini,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan