Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat Setempat perlu Menyokong Industri Produk Tempatan

4:17pm 21/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 55 views Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya memotong riben sebagai simbolik pelancaran Karnival Industri Asas Tani (IAT)

Yahya memotong riben sebagai simbolik pelancaran Karnival Industri Asas Tani (IAT)

PUTATAN- Rakyat negeri ini diseru agar menyokong produk-produk keluaran para pengusaha tempatan dengan membeli produk keluaran mereka.

Karnival Industri Asas Tani (IAT) berlansung selama tiga hari yang bermula 20 hingga 22 November, tahun ini menjadi platform kepada para pengusaha tempatan untuk memperkenalkan produk-produk berasaskan Industri Asas Tani kepada masyarakat setempat.

“Sepanjang lawatan saya ke semua gerai jualan, saya melihat bahawa banyak produk tempatan yang telah diiktiraf dan dijual di dalam Pasar Raya Giant.

“Karnival ini juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya pengguna terhadap produk IAT yang bermutu, berpatutan dan halal”, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena majlis pelancaran Karnival Industri Asas Tani (IAT) bersama pasar raya besar Giant, disini, pagi tadi.

Karnival tersebut dianjurkan sempena Sambutan 50 tahun FAMA yang akan diadakan pada 4 hingga 5 Disember, tahun ini.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan termasuklah jualan produk asas tani dari seluruh Sabah yang melibatkan 44 orang pengusaha, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memasak berasakan pisang Sabah, persembahan muzik tradisional seperti Gambus dan Betitik.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian PErtanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Ujang Haji Sulani, Setiausaha Bahagian IAT, Norison Ramli dan Ketua Cawangan Giant di Sabah, Sarawak dan Brunei, Marius Knight. –Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Yahya melawat gerai usahawan IAT

Yahya melawat gerai usahawan IAT

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan