Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,431

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat Semporna diseru berganding bahu jayakan TN50

4:45pm 21/04/2017 Leolerry Lajius 34 views Semporna,Tempatan

Nasir ketika menyampaikan ucapan perasmiannya.

SEMPORNA : Seluruh masyarakat diseru berganding bahu menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi​ Sabah (SEDCO) ​merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang, Datuk​ Seri ​Nasir Tun Sakaran berkata, TN50 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah berpaksikan idea dan kehendak rakyat.

“TN50 ini bukanlah bertujuan untuk memadamkan dasar-dasar sebelum ini, sebaliknya menjadi kesinambungan kepada dasar yang lalu termasuk Wawasan 2020.

“Sebagai rakyat, tanggungjawab dan amanah yang digalas di atas Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, perlulah kita sokong dan bantu dalam apa jua cara sekalipun.

“Justeru, dalam hal ini, Komuniti 1 Malaysia (K1M)​ wajib memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang sahih, tepat dan berkesan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.
“Saya berharap kita bersama-sama dapat memajukan diri agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain,” katanya selepas merasmikan Program Sepakat Negaraku K1M Peringkat Daerah Semporna 2017, ​pada malam Khamis.

Nasir juga mahu ahli-ahli K1M peka dengan keadaan sekeliling dan membantu menangkis tohmahan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggugat keamanan negara serta menggagalkan agenda TN50.

“Persiapkan diri kita dari pelbagai aspek terutamanya meningkatkan pengetahuan mengenai agenda kerajaan dan mendekatkan diri kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, latar belakang, kaum, bangsa dan agama bagi memastikan TN50 mencapai matlamatnya.

“Apa yang penting, semua pihak mestilah mempunyai komitmen dan integriti yang teguh dalam membantu kerajaan menjayakan visi dan misi ke arah agenda tersebut dan Gagasan 1 Malaysia,” tambahnya.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan itu bertujuan bagi memberi maklumat kepada masyarakat setempat tentang dasar-dasar kerajaan yang bermatlamat menyumbang kepada kesejahteraan rakyat./PENERANGAN-

Antara aksi persembahan artis PENTARAMA yang sempat dirakamkan selepas acara perasmian.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda