Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat Sabah Semakin Sedar Signifikan Penubuhan ESSCom

Ruji Ubi - Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM - Foto Esscom
Ruji Ubi – Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM – Foto Esscom

LAHAD DATU : Masyarakat di Sabah semakin menyedari signifikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang ditubuhkan sejak dua tahun lepas susulan insiden pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ruji Ubi berkata keupayaan ESSCom mengemudi kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) juga semakin diyakini meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk ancaman penculikan dan penyeludupan.

Beliau berkata kerjasama dan sokongan pelbagai agensi penguatkuasaan lain turut menjayakan peranan ESSCom dalam memastikan tahap keselamatan di zon itu berada di tahap terbaik.

“Keadaan ini diterjemahkan melalui kedatangan pelancong asing ke pantai timur Sabah yang semakin meningkat termasuk pelancong China dan Taiwan,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan khas sempena sambutan ulang tahun kedua penubuhan ESSCom di sini hari ini.

Turut hadir Komander ESSCom Datuk Abd Rashid Harun.

Ruji turut berkata sokongan masyarakat dan pemimpin akar umbi amat penting dalam membantu menjayakan visi dan misi ESSCom, khususnya dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan masyarakat di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berkata komponen awam ESSCom sedang berusaha memperluas dan meningkatkan keupayaan rangkaian di peringkat akar umbi dengan memperhebat lagi program turun padang melalui penganjuran program bersama pemimpin masyarakat, termasuk pemimpin belia.

“Aktiviti seumpama ini diyakini dapat memupuk dan mengukuhkan hubungan dan jaringan dengan penduduk di semua peringkat selain membentuk semangat jati diri.

“Tidak dapat dinafikan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara ini adalah tanggungjawab semua pihak dan tidak hanya diletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan