Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat Sabah ibarat satu keluarga yang besar-Musa

Musa (Tengah) bersama pemimpin Gabungan Persatuan Cina Sabah menggaul 'Lousang'.-Gambar Oleh Jimmy Tan
Musa (Tengah) bersama pemimpin Gabungan Persatuan Cina Sabah menggaul ‘Lousang’.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Masyarakat yang tinggal di Sabah ibarat sebuah keluarga yang besar dan hubungan silaturahimnya juga sentiasa utuh walaupun hidup dalam suasana masyarakat dan budanya yang pelbagai.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, walaupun masyarakat di negeri ini terdiri dari masyarakat dan kepercayaan yang berbeza tetapi setiap perayaan yang dirayakan di negeri ini tetap disambut oleh seluruh masyarakatnya.

“Kita amat bertuah kerana walaupun mempunyai kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza tetapi kita tetap menyambut setiap perayaan bersama-sama tanpa melihat kepada perbezaan tersebut,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pesta Ang Pow Sempena Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah di Dewan Hakka, di sini.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan terus komited ke arah pembangunan sekolah-sekolah, tempat-tempat kebudayaan dan tempat ibadat masyarakat cina di negeri ini.

“Kerajaan akan terus memberikan sokongan dan memperuntukkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah dan tempat-tempat ibadat masyarakat cina di negeri ini di samping¬† berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengekalkan keharmonian dan kestabilan di kalangan rakyat,”katanya.

Beliau juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Gabungan Persatuan Cina Sabah pada majlis tersebut.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh lebih seribu orang pengunjung turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan juga tarian serta cabutan tiket bertuah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan