Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat Perlu Yakin Keupayaan Esscom Tangani Jenayah Rentas Sempadan

9:59pm 24/06/2016 Pak Roshan 528 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

esscom rt

KUDAT : Masyarakat sekitar pantai timur Sabah perlu yakin dengan keupayaan dan kebolehan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menangani pelbagai isu keselamatan khususnya berkaitan jenayah rentas sempadan seperti penculikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom, Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata ESSCom pada masa ini, telah dan sedang merangka serta memikirkan pelbagai pendekatan dan mekanisme terbaik bagi memastikan keadaan keselamatan perairan negara selamat.

Katanya antara pendekatan diambil termasuk memperkukuhkan penempatan pasukan keselamatan di darat dan laut, khususnya di laluan berisiko tinggi dan disyaki menjadi sasaran penjenayah.

“ESSCom sedang dalam proses melengkapkan keupayaan pasukan keselamatan dengan bot-bot canggih bagi memperkasa kawalan keselamatan di perairan terutama di kawasan atau laluan disyaki menjadi laluan penjenayah rentas sempadan melakukan jenayah culik dan penyeludupan.

“Setakat bulan ini, kita sudah menerima lebih 63 bot pelbagai guna yang akan digunakan pasukan keselamatan dalam mengawal perairan negara dalam usaha untuk memperkukuh lagi kawalan keselamatan di laut terutamanya di persempadanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Ihya Ramadan ESSCom Bersama Masyarakat di Dewan Serbaguna Kampung Inderason, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, Noor Alam berkata ESSCom memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak, termasuk melaporkan perkara yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan keselamatan di perkampungan seperti penagihan dadah dan penyeludupan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan