Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat perlu pastikan kesahihan maklumat berkaitan isu keselamatan negara

9:18pm 27/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Tempatan
Tun Juhar (kanan) menerima cenderamata daripada Kamarulzaman (kiri).

Tun Juhar (kanan) menerima cenderamata daripada Kamarulzaman (kiri).

KOTA KINABALU- Masyarakat dinasihatkan untuk memastikan setiap maklumat yang diperolehi tepat dan sahih terutama yang berkaitan hal keselamatan.

Ini kerana sikap segelintir masyarakat suka viralkan perkara yang tidak benar di media sosial dan menyebabkan ketenteraman awam terganggu.

Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin berkata sikap ingin tahu dan keprihatinan masyarakat menyebabkan ada yang terpedaya tanpa sedar dan akhirnya menyertai atau menyokong golongan pengganas.

“Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah atau fahaman sonsang yang cuba dibawa oleh anasir luar yang berkepentingan menggugat keharmonian dan keamanan negara.

“Masyarakat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan keamanan negara dengan memastikan anak-anak mendapat pendidikan, ilmu pengetahuan dan bimbingan yang secukupnya,” ujarnya

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni di Istana Negeri, pagi tadi.

Menurut beliau, pasukan keselamatan khususnya TLDM sentiasa bersiap sedia menangani sebarang bentuk ancaman pada bila-bila masa.

Katanya, TLDM akan menggunakan pendekatan yang lebih holistik dalam menghadapi ancaman keselamatan pada masa ini.

Antaranya menerusi program Rakan Maritim (RAKAM) yang dilancarkan di Sandakan menjadi platform terbaik bagi mendekati masyarakat maritim terutama dalam memberi penjelasan dan mendapatkan maklumat berkaitan.

Jelasnya, RAKAM juga menjadi penghubung dan penyaluran maklumat demi menjaga perairan maritim negara sentiasa aman dan makmur.

Sementara itu, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah juga menerima kunjungan perpisahan Konsul Jenderal Republik Indonesia di Tawau, Bapak Muhammad Soleh.

Beliau yang berkhidmat selama empat tahun di Tawau akan kembali ke Jakarta pada 1 Februari 2016.

Katanya, hubungan baik antara dua negara akan terus diperkukuhkan demi menjaga keharmonian dan keamanan wilayah nusantara.

Muhammad turut menzahirkan penghargaan kepada Tun Juhar dan Kerajaan negeri Sabah yang nenberikan kerjasama sepenuhnya selama beliau bertugas di negeri ini. -SayangSabah

Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah merakamkan gambar kenangan bersama Muhammad dan isteri

Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah merakamkan gambar kenangan bersama Muhammad dan isteri

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan