Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat perlu kuasai kemudahan ICT- Hamisa

6:48am 25/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 53 views Kota Kinabalu,Tempatan
HAMISA menyaksikan penyerahan bangunan e-Desa, peralatan komputer daripada Moira David serta penyerahan surat latikan Pengerusi Pentadbir yang telah di lantik.

HAMISA menyaksikan penyerahan bangunan e-Desa, peralatan komputer daripada Moira David serta penyerahan surat latikan Pengerusi Pentadbir yang telah di lantik.

TAWAU- Masyarakat diseru agar memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang ada untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran diri dalam usaha menghadapi kehidupan dunia masa kini yang semakin mencabar.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, perkembangan dunia semasa menyebabkan setiap individu hari ini tanpa mengira usia tidak lagi boleh dipisahkan dengan penggunaan ICT.

Katanya, semua pihak khususnya generasi muda dan pelajar perlu berusaha lebih gigih untuk menguasai kemahiran ICT bukan sahaja supaya tidak ketinggalan tetapi juga bagi memastikan mereka dapat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan sebaik- baiknya.

“Teknologi telah memudahkan proses pembelajaran. Sesungguhnya sikap ingin tahu dalam diri setiap orang daripada kita mengenai ICT itu akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri masing-masing.

“Sebenarnya teknologi telah mengubah cara kita bekerja, bermain dan berehat. Pada masa yang sama, teknologi juga telah memperkasakan kita untuk menjadi lebih kompetitif dan bernilai tinggi dalam dunia tanpa sempadan ini.

“Teknologi memberikan impak yang besar kepada kehidupan kita dan tidak sewajarnya kita membiarkan semua itu tanpa memanfaatkannya untuk mencapai kemajuan diri dalam bidang-bidang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan bangunan Pusat e-Desa dan peralatan komputer di Kampung Tanjong Batu, Tawau di sini kelmarin.

Menurut Hamisa, kerajaan sentiasa berusaha keras bagi meningkatkan kemudahan ICT di negara ini termasuk di Sabah.

Selain itu, tambahnya, kerajaan Pusat masih berusaha meningkatkan kadar penembusan tersebut. Antaranya perlaksanaan Pusat e-Desa, Pusat Internet 1Malaysia dan Kampung Tanpa Wayar terutamanya di kawasan luar bandar bagi meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.

“Semua ini penting dalam usaha kerajaan mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar serta memastikan generasi baru kita tidak ketinggalan dengan kemajuan yang dibawa oleh ICT,” ujar beliau.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan