Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat perlu jaga sensitiviti dan hormati kepelbagaian kaum- Delin

5:16pm 13/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 28 views Tempatan
Delin (tengah) bersama wakil- wakil ketua agama (ahli JKMPKA), ketua Skuad Unity Kota Kinabalu, Wakil Jiran Muda dan Wakil Jiran Wanita serta wakil Pusat Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya, Sembulan.

Delin (tengah) bersama wakil- wakil ketua agama (ahli JKMPKA), ketua Skuad Unity Kota Kinabalu, Wakil Jiran Muda dan Wakil Jiran Wanita serta wakil Pusat Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya, Sembulan.

KOTA KINABALU- Negeri Sabah terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang menjadi keunikan dan khazanah berharga dan ia perlu dipelihara secara turun temurun.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Sabah, Delin Liet Blaun, masyarakat setempat perlu menjaga sensitiviti dan menghormati kepelbagaian kepercayaan yang wujud di negeri ini dengan penuh kesederhanaan.

“Walaupun negara ini dan Sabah khususnya mempunyai masyarakat berbilang kaum, namun kita masih dapat duduk satu meja dan seterusnya meningkatkan persefahaman sesama masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Program Jalinan Kasih “Charity For Unity” di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sembulan Baru, disini, hari ini.

Delin berkata, program itu mendapat penglibatan menggalakkan khususnya daripada pemimpin- pemimpin dan wakil agama termasuklah agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Tambahnya, pengisian aktiviti program bagi tahun ini berbeza berbanding tahun sebelumnya.

“Aktiviti pengisian yang dilaksanakan bukan lagi berkonsepkan lawatan keharmonian ke rumah-rumah ibadat tetapi lebih kepada lawatan amal ke pusat-pusat kebajikan sambil melakukan kerja amal.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang hari ini ialah membuat lawatan amal ke Taman Didikam Kanak-kanak Kurang Upaya Sembulan dan melawat empat buah rumah warga emas yang sdsang uzir di sekitar KRT Sembulan Baru,”katanya.

Mengulas mengenai program, katanya, ia dapat memupuk perasaan kasih antara manusia tanpa mengira kepercayaan, kaum dan agama.

“Program berkenaan merupakan kesinambungan dengan Sambutan Minghu Keharmonia Antara Penganut Agama Sedunia (WIHW) yang disambut pada bulan Februari setiap tahun di seluruh dunia.

“WIHW merupakan inisiatif bagi memupuk persefahaman dan toleransi di antara pemimpin- pemimpin agama di seluruh dunia menerusi dialog antara agama yang terdapat di dunia ini,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi KRT Sembulan Baru, Lasamboy Ponisi. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Lawatan ke Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sembulan

Lawatan ke Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sembulan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan