Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat perlu hayati sejarah- Hamisa

5:06pm 14/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 22 views Tempatan
Hamisa beramah mesea dengan warga Wallace Bay Pulau Sebatik Tawau.

Hamisa beramah mesra dengan warga Wallace Bay Pulau Sebatik 

TAWAU- Masyarakat terutama generasi baru perlu mendalami sejarah, terutama kisah perjuangan generasi terdahulu serta tokoh yang banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan serta pembentukan negara.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata ia penting untuk memastikan anak muda hari ini menjadi pemimpin pelapis yang mampu mempertahankan negara daripada dijajah semula.

“Bagaimanapun, agak menyedihkan masih ramai generasi muda masa kini tidak lagi berminat mendalami sejarah.

“Justeru itu, penghayatan sebenar kemerdekaan tidak dapat dirasai kerana mereka tidak dapat membayangkan betapa sukarnya generasi terdahulu berjuang menuntut kemerdekaan. mahu generasi pasca merdeka menjadi golongan yang tahu bersyukur dan menghargai erti kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Ikatan Mesra Wanita Wallace Bay Pulau Sebatik, disini, baru-baru ini.

Hamisa yang juga Adun Tanjing Batu berkata, sejarah bukan sekadar cerita atau kisah silam yang tiada pengisian, sebaliknya melalui sejarah banyak iktibar serta manfaat yang dapat diambil serta dipelajari.

“Sejarah adalah asas pembentukan manusia hari ini. Sekiranya ia dilupakan, generasi akan datang akan mengulangi kesilapan yang pernah berlaku dalam perjuangan generasi terdahulu,” katanya.

Beliau berkata salah satu nilai kemerdekaan yang relevan bagi negara kita ialah perpaduan dan ia penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum agar bersatu padu bagi menjana aspirasi masing-masing demi mewujudkan negara yang utuh dan merdeka.

“Justeru, dalam membina ketamadunan manusia, perlu wujud perasaan cinta yang seimbang terhadap negara dan manusia sejagat kerana kita bukan saja sebagai warga negara, malah warga dunia,” katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan