Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat perlu diperjelas isu GST

John Ambrose (tengah, duduk) bersama sebahagian peserta program - oleh Monica Gidong
John Ambrose (tengah, duduk) bersama sebahagian peserta program – oleh Monica Gidong

PENAMPANG – Semua lapisan masyarakat perlu diberi penerangan lebih jelas mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) agar mereka memahami niat murni kerajaan melaksanakannya.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Penampang Noraini Idris berkata, oleh itu pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk MPWK akan terus proaktif mengadakan Program Seminar Kepenggunaan dan GST kepada masyarakat.

“Tujuan program ini adalah untuk memberikan penerangan secara terperinci kepada para peserta mengenai GST yang akan berkuatkuasa mulai 1 April depan. Selain itu para peserta juga diberikan ceramah mengenai hak-hak sebagai pengguna bijak dan isu-isu kenaikan harga barangan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Program anjuran MPWK Penampang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu disertai seramai150 peserta terdiri daripada para peniaga, pengusaha, pelajar institut pengajian tinggi dan guru-guru.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose. Hadir sama, Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan Azmir Abdul Razak, ahli jawatankuasa UMNO Bahagian dan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Penampang.

Noraini berkata, program seumpama ini dapat meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai GST sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa GST membebankan rakyat terutamanya penduduk kampung dan golongan \ berpendapatan rendah.

“Banyak tanggapan negatif orang ramai mengenai GST, oleh itu penjelasan dan penerangan amat penting bagi membuka minda mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif pihak-pihak tertentu,” ujarnya. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan