Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat perlu berkerjasama tangani wabak denggi

 Frankie (lima dari kiri) bersama David Lo (tiga dari kiri), LB Weng (empat dari kiri) dan Dr. Anisah meninjau aktiviti penerangan kepada penghuni perumahan Taman Jumbo oleh kakitangan Pejabat kesihatan.

Frankie (lima dari kiri) bersama David Lo (tiga dari kiri), LB Weng (empat dari kiri) dan Dr. Anisah meninjau aktiviti penerangan kepada penghuni perumahan Taman Jumbo oleh kakitangan Pejabat kesihatan.

PUTATAN: Masyarakat di kawasan Putatan khusus para peniaga perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani masalah wabak demam Denggi, kata Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Putatan (PCCCI), Datuk Frankie Liew.

Katanya,  wabak demam Denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes semakin menular di kawasan Putatan terutama di Taman Jumbo dan sekitarnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung peningkatan kes demam Denggi  dan juga kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

“PCCCI berharap masyarakat di sekitar Putatan dan Petagas dapat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa terutamanya Pejabat Kesihatan yang mengadakan aktiviti semburan (fogging) dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk”, katanya.

Frankie Liew berkata demikian ketika meninjau aktiviti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes bersama penduduk Taman Jumbo fasa 1, 2 dan 3 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Daerah Putatan, Dr. Anusah Jantim, Timbalan Presiden PCCCI, Kapitan David Lo, Naib Presiden, Encik LB Weng dan jawatankuasa PCCCI serta pegawai Pejabat Kesihatan Daerah. Aktiviti itu turut disertai oleh kakitangan Majlis Daerah Putatan.

PCCCI dalam mesyuarat agungnya pada 21 Mac lalu telah menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan kes demam Denggi di kawasan Putatan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelak daripada terus menular.

Frankie Liew berkata, penduduk setempat perlu bersama-sama membantu mencari dan memusnah tempat pembiakan jentik-jentik sama ada di dalam atau kawasan luar rumah mereka.

Katanya, sesiapa yang didapati membiarkan kawasan atau rumah mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes akan dikenakan kompaun sehingga RM500.00.

“Kerjasama daripada masyarakat Putatan khususnya masyarakat peniaga amat diperlukan agar kes demam Denggi tidak terus menular di kawasan Putatan”, tambahnya.

Beliau turut menggesa pihak Majlis Daerah Putatan meningkatkan perkhidmatan mengangkat sampah sarap sama ada di kawasan premis kedai atau perumahan.

Menurutnya, sampah yang dibiarkan terlalu lama tidak dibersihkan atau dibuang oleh pihak berkuasa akan menyebabkan mau busuk dan sekaligus menjadi tempat pembiakan penyakit berjangkit termasuk demam Denggi dan Kencing Tikus.- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan