Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat perlu beri kerjasama banteras dadah

banterasdadah

SANDAKAN: Masyarakat hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membanteras gejala penyalahgunaan najis dadah berikutan kesannya yang tidak baik bukan sahaja kepada negara tetapi mana-mana individu yang terjerumus akan menghadapi tekanan hidup sepanjang masa.

Pengerusi Biro Hal-Ehwal Wanita Pemadam Sandakan, Noraini Sulong, berkata setiap program melibatkan ceramah-ceramah berkaitan dadah perlulah disertai sebab maklumat yang disampaikan banyak membantu masyarakat mengenali gejala musuh utama negara itu.

Beliau berkata, pihak kerajaan menerusi agensinya memperhebatkan program membasmi dadah kerana mahu masyarakat menyedari betapa besar risiko apabila terjebak ke kancah tidak sihat ini apatah lagi melibatkan generasi muda yang menjadi tonggak dan masa depan negara.

Katanya, ibu bapa memainkan peranan penting untuk membanteras dadah di mana mereka mesti peka dengan memberikan perhatian sepenuhnya seperti melibatkan diri dalam apa jua program yang dianjurkan pihak kerajaan.

“Golongan ibu bapa perlu peka agar mereka mengetahui secara lebih dekat bahaya dadah ini. Bayangkanlah kalau ada ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab, pasti mendorong anak-anak untuk terjerumus sedangkan mereka tidak tahu kesannya yang boleh menggelapkan masa depan.

“Saya memuji penganjuran program ini yang sekurang-kurangnya masyarakat terutama penduduk di taman perumahan mendapat pendedahan selain maklumat tentang bahaya dadah dan bagaimana membanterasnya.

“Pada pendapat saya, usaha membanterasnya dengan memupuk kerjasama iaitu setiap anggota masyarakat memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Apabila ini dapat dilakukan, saya percaya memudahkah usaha pihak kerajaan untuk mengatasi masalah dadah di kalangan masyarakat hari ini,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Wanita Umno Sandakan berkata demikian ketika berucap pada Program Membasmi Dadah Di Kalangan Belia yang diadakan di perkarangan perumahan Taman Mesra, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Taman Mesra itu, pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah menyampaikan ceramah ringkas mengenai masalah dadah dan usaha-usaha yang berterusan untuk membanterasnya.

Selain pameran yang berkaitan dadah bagi melihat secara lebih dekat akibat kesan selain maklumat usaha membanteras gejala itu, pengunjung juga berpeluang mengunjungi pameran oleh Syarikat TM Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej istimewa.

Komen


Berita Berkaitan