Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat Perlu Bekerjasama Lapor Kes Jenayah Kepada Polis

8:16pm 06/12/2015 Pak Roshan 168 views Laporan RCI,Tawau,Tempatan
polis-tawau

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus / Foto Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau Sabah

TAWAU : Masyarakat perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis termasuk melaporkan sebarang kes jenayah yang berlaku bagi mengurang serta membanteras aktiviti jenayah di kawasan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata masyarakat mempunyai peranan penting dalam membantu menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti jenayah agar dapat pihak polis dapat bertindak.

“Dengan adanya perkongsian pintar antara masyarakat dan polis, kita yakin kadar jenayah terutamanya melibatkan jenayah pecah rumah, jenayah jalanan dan curi kenderaan dapat dibanteras atau dikurangkan.

“Oleh itu, saya berharap agar kerjasama antara polis dan masyarakat dapat diperkukuhkan lagi demi memantapkan usaha memerangi jenayah yang berlaku di kawasan setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pencegahan Jenayah Bersama Kelab 4×4 Ekspedisi Ekstrem, di sini Ahad.

Sebanyak 28 kenderaan pacuan empat roda berkonvoi ke beberapa lokasi di daerah ini untuk mengedarkan risalah mengenai pencegahan jenayah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan