Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MASYARAKAT PERLU BANTU SALUR MAKLUMAT PERJUDIAN HARAM: OMAR MAMMAH

Tun Juhar (dua dari kiri, depan) merakamkan gambar kenangan bersama Omar (kiri, depan) dan rombongan IPK Sabah. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah
KOTA KINABALU: Polis menggesa masyarakat agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti sendikit judi di persekitaran mereka termasuk di tempat kerja.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata maklumat itu boleh disalurkan terus dengan menghubungi balai polis di daerah masing-masing ataupun bilik gerakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
 
“Kegiatan tidak sihat ini boleh mengundang banyak masalah lain dalam masyarakat, antaranya adalah keretakan institusi keluarga yang terpaksa menanggung beban hutang kerana ketagihan berjudi menjejaskan pendapatan bulanan.

Omar (kanan) membincangkan sesuatu dengan Tun Juhar (kiri) pada sesi kunjungan berkenaan. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah
 
“Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, jangan biarkan sendikit ini berleluasa dan merosakkan golongan muda.
 
“Oleh itu, sekiranya ada maklumat mengenai kegiatan sendikit judi sama ada di kawasan tempat tinggal ataupun di tempat kerja, laporkan segera kepada local police di daerah ataupun telefon terus ke bilik gerakan IPK Sabah,” jelasnya.

Omar (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata berupa buah-buahan kepada Tun Juhar. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mahu polis membanteras kegiatan perjudian di negeri ini.
 
Menurut Omar, walaupun berdepan dengan cabaran perjudian online yang mana server berada di luar Malaysia, polis tidak menjadikannya sebagai kekangan untuk membanteras sendikit judi secara berterusan.

Toh Puan Norlidah menerima jambangan bunga daripada Diana (kanan). Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah
 
“Secara umumnya terdapat dua jenis perjudian iaitu berlesen dan tidak berlesen atau illegal.
 
“Kita tidak dapat menghentikan perjudian berlesen kerana lesen itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di peringkat persekutuan, walau bagaimanapun kita tetap membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
 
“Bagi perjudian haram pula, sejak dahulu lagi kita berusaha. Malah bukan dari semasa ke semasa, tetapi setiap jam dan setiap hari team kita di peringkat bawah menjalankan operasi serbuan, menangkap, merampas peralatan yang digunakan sendikit perjudian,” ujarnya.
 
Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri, pada Selasa.   
 
Pada kunjungan itu,  Omar ditemani isteri, Datin Diana Lee Dennis @ Abdullah yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Sabah serta para pegawai kanan IPK Sabah memperkenalkan barisan kepimpinan Polis Kontinjen Sabah yang baharu sejak pelantikannya pada 3 September lalu.-SabahNewsToday/Jabatan Penerangan

Komen


Berita Berkaitan