Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat pelbagai kaum dan agama meriahkan Karnival Krismas Gaya

received_1021577544569190

KOTA KINABALU: Karnival Krismas Gaya tahun 2015 bagi edisi ke-11 disambut meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum,agama kepercayaan dan juga pelancong luar negara.

Karnival yang diadakan sejak 15 Disembar lalu itu turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, persembahan pementasan, koir dan banyak lagi sebagai pengisian sepanjang program tersebut.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir, karnival tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan di kawasan tersebut yang juga melibatkan Karnival Tahun Baru Cina, Karnival Kaamatan dan Bazar Ramadhan.

Datuk Abidin menyampaikan sumbangan kepada wakil empat buah rumah amal. Gambar Oleh Jimmy Tan
Datuk Abidin menyampaikan sumbangan kepada wakil empat buah rumah amal. Gambar Oleh Jimmy Tan

“Sebagai sebuah bandaraya yang rancak membangun dan menjadi tumpuan pelancong, saya percaya ada keperluan untuk kita mengadakan lebih banyak aktiviti seperti ini sebagai daya penarik pengunjung dari dalam dan luar negara, “katanya ketika berucap merasmikan penutupan karnival tersebut di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu.

Beliau juga berharap agar lebih banyak pihak yang akan tampil, khasnya badan-badan korporat untuk bekerjasama dan menyumbang bagi mengadakan acara-acara kemasyarakatan lain yang boleh dijadikan tarikan orang ramai ke Bandaraya Kota Kinabalu.

“Sabah Council of Churches misalnya, telah menjadi penganjur bersama dengan DBKK dalam mengadakan perayaan krismas ini sejak 11 tahun yang lalu dan program ini sudah menjadi salah satu produk pelancongan tahunan bandaraya ini,” katanya.

Ketika majlis tersebut berlangsung seramai 60 orang kanak-kanak juga diberi bantuan dan pemungutan derma untuk empat buah rumah amal iaitu Immanuel Home Tambunan, Caring For The Future Malaysia, Jireh Home dan Pastoral Kaunseling Wanita BCCM BM turut diadakan sejak hari pertama karnival itu berlangsung.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

received_1021577564569188

Komen


Berita Berkaitan