Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat Mukim diseru manfaatkan informasi kesihatan

PPM Sukimin menyampaikan sijil kepada salah seorang  peserta Kem Kesihatan.
PPM Sukimin menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Kem Kesihatan.

KEMABONG –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang menyeru masyarakat di kawasan Mukim Kuala Tomani agar memanfaatkan segala informasi  penting berkaitan  dengan kesihatan.

Katanya, mereka harus mengambil peluang itu untuk mendengar taklimat mengenai kesan baik dan buruknya sesuatu penyakit termasuk kaedah pencegahannya malahan mereka berpeluang mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan darah tinggi, tahap kolestrol dan lain lain.

Di dalam konteks itu, Rubin berharap agar Majlis Penasihat Wanita Sabah akan terus berusaha untuk membantu kerajaan mencapai visi dalam memantapkan kesihatan masyarakat secara menyeluruh.

“ Kesedaran penjagaan kesihatan ini amat perlu di kalangan wanita, dimana wanita yang sihat mental dan fizikal mampu menjadi ibu, pekerja, penjaga mahupun pemimpin masyarakat dengan lebih baik” katanya semasa berucap merasmikan Kem Kesihatan Wanita 2015 di Dewan Masyarakat Kuala Tomani pada Khamis. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Kemabong Sukimin Rukini.

Rubin yang juga Ketua Umno Bahagian Tenom berkata, usaha Majlis Penasihat wanita Sabah melalui jawatankuasanya menganjurkan program seumpama ini untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan itu seterusnya mengadakan pemeriksaan kesihatan penduduk.- Oleh KALAWON SAWING / sayangsabah.

Penduduk yang hadir pada majlis itu.
Penduduk yang hadir pada majlis itu.

Komen


Berita Berkaitan