Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat masih leka buang sampah merata tempat

Hamisa Samat (tengah, barisan belakang) bersama penduduk mengadakan gotong royong di perkarangan Masjid Al-Mukarramah Kampung Tanjung Batu Keramat Tawau.
Hamisa Samat (tengah, barisan belakang) bersama penduduk mengadakan gotong royong di perkarangan Masjid Al-Mukarramah Kampung Tanjung Batu Keramat Tawau.

TAWAU – Masyarakat hari ini perlu memainkan peranan secara bersama dalam usaha menjaga kebersihan agar kawasan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan indah.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap sesuka hati boleh mendatangkan kesan kepada alam sekitar.

“Tanggungjawab dalam menjaga kebersihan perlu dipikul secara bersama dan ia mampu melahirkan masyarakat yang cintakan keindahan dan kesejahteraan,” katanya ketika berucap dalam majlis gotong royong yang di perkarangan Masjid Al-Mukarramah Kampung Tanjung Batu Keramat Tawau, di sini hari ini.

Menurut Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, amalan menjaga kebersihan bukan terletak pada kerajaan sahaja, tetapi masyarakat perlu menjadikan kebersihan sebagai tanggungjawab bersama. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan