Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat kurang berkemampuan diseru mendaftar dengan e-Kasih

2:48pm 28/07/2016 Leolerry Lajius 731 views Tempatan
Hamisa ketika mengunjungi salah sebuah rumah sempena program berkenaan.

Hamisa ketika mengunjungi salah sebuah rumah sempena program berkenaan.

Tawau : Golongan miskin dan miskin tegar diseru agar mendaftar dengan e-Kasih bagi mendapatkan pelbagai bantuan melalui program e-Kasih di pejabat daerah atau pusat pentadbiran kerajaan persekutuan terdekat.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, perkara ini penting bagi memastikan golongan ini mendapat bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
“Program e-Kasih adalah satu program khas kerajaan untuk membantu mereka yang miskin bagi mengurangkan masalah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas lawatan bersama pegawai penyelaras Program Mobile Team Verifikasi Ekasih di Kuala Merotai, Kg. Iban Kecil, Tanah Merah Merotai, Tawau.
Antara agensi-agenis kerajaan yang terlibat ICU, Pusat Zakat Sabah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pejabat Kesihatan Pejabat Kemas  serta Unit PPPM Tanjong Batu.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menggesa pemimpin peringkat akar umbi agar memperolehi maklumat tepat mengenai pelbagai bantuan kerajaan untuk disalurkan kepada rakyat.

“Kita telah menyediakan pelbagai bantuan kebajikan melalui data e-Kasih agar kita dapat memastikan rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan tidak tercicir,” jelasnya./SayangSabah
turun 3c

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan