Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat Kota Kinabalu Disaran Ubah Sikap Tangani Masalah Sampah

1:46am 04/08/2016 Pak Roshan 95 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

sampah2

KOTA KINABALU : Masyarakat Kota Kinabalu disaran mengubah sikap dalam menangani masalah pembuangan sampah di kawasan bandar raya berkenaan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata sekiranya rakyat Sabah menyayangi negeri sendiri, mereka seharusnya memastikan kawasan sekitar bandar raya berkenaan sentiasa dalam keadaan bersih.

“Masalah masyarakat kita ialah tong sampah ada, tetapi mereka masih memilih untuk membuangnya di merata-rata tempat.

“Satu aduan utama saya terima daripada pelancong ialah Sabah mengalami kekotoran amat serius di beberapa tempat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan UMS-Pusat Informasi Pelawat EcoCampus (EVIC) di Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dan Pengarah Pusat Pengurusan Eco-Campus, Prof Dr Justin Sentian.

Masidi berkata sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab dan inisiatif menjaga kebersihan tanpa meletakkan tanggungjawab itu ke atas bahu pihak berkuasa tempatan, tidak mustahil masalah sampah itu akan dapat diatasi.

Sebagai contoh, katanya di Kundasang, masyarakat di sana mengambil inisiatif sendiri bekerjasama sesama mereka untuk mencantikkan dan membersihkan pekan berkenaan bagi memastikan ia dalam keadaan bersih dan indah.

“Saya melihat transformasi pekan Kundasang menjadi pekan sangat bersih, rakyatnya tanpa bantuan atau arahan kerajaan mahupun pihak berkuasa bertindak membersihkan tempat itu di samping menegur orang awam yang mencemarkan kawasan sekitar dengan sampah sarap,” katanya.

Berikutan usaha yang dilakukan di Kundasang itu, Masidi berpandangan ia boleh diaplikasikan di Kota Kinabalu, Sembulan dan kawasan lain di negeri berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan