Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat KDM perlu berhati-hati, elak dipengaruhi DAP: Ellron

Ellron Angin (kiri) memalu gong sebagai simbolik perasmian Dewan Datuk Ellron Angin. - foto Kalawon Sawing
Ellron Angin (kiri) memalu gong sebagai simbolik perasmian Dewan Datuk Ellron Angin. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Rakyat di negeri ini diingatkan agar jangan terpengaruh dengan propaganda pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang yang memainkan isu sentimen perkauman yang dipelopori oleh DAP.

Peringatan itu ditegaskan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Angin, ekoran tindakan DAP yang dikatakan mengalihkan `usaha’ mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di Sabah dan Sarawak dengan memainkan isu sentimen perkauman.

Katanya, selepas melakukan perbuatan itu ke atas rakyat di Semenanjung, DAP pimpinan Lim Kit Siang mahu pula mempengaruhi masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah sehingga memperolok-olokkan Batu Sumpah.

“Perbuatan mewujudkan batu sumpah lain bukan sahaja tidak menghormati adat istiadat masyarakat KDM tetapi memperlekehkan Batu Sumpah Keningau yang diwujudkan dengan penuh hormat dan tradisi,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan Datuk Ellron Angin Kampung Biah Tengah, di sini semalam.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook turut menasihati rakyat negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan dakyah DAP yang bertujuan mengelirukan rakyat khususnya KDM untuk kepentingan politik mereka.

Jelasnya, masyarakat KDM perlu menilai pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional agar tidak terpedaya dengan propaganda pembangkang yang menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini khususnya di negeri ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan