Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat diseru sertai Program Francais Komuniti 2016

1:38pm 04/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 18 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin

 

Yahya (tengah) semasa sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Koperasi Negara 2016 dan Francais Komuniti Peringkat Negeri Sabah.

Yahya (tengah) semasa sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Koperasi Negara 2016 dan Francais Komuniti Peringkat Negeri Sabah.

KOTA KINABALU- Masyarakat diseru menyertai Program Francais Komuniti Sabah 2016 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) julung kalinya akan diadakan di negeri ini.
Sambutan tersebut akan diadakan bersama dengan sambutan Hari koperasi Negara 2016 Peringkat Negeri (HKNPN) Sabah yang akan diadakan selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Ogos 2016 di 1 Borneo Hypermall,disini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin berkata program tersebut bertujuan mempromosikan bidang keusahawanan berkonsepkan francais kepada masyarakat.
“Program Francais Komuniti yang diperkenalkan sejak 2011 ini bertujuan untuk memberi keutamaan, peluang dan galakan kepada usahawan tempatan daripada pendapatan rendah dan sederhana bagi menceburi peluang perniagaan francais untuk menambahkan pendapatn sampingan mereka.
“Masyarakat digalakkan menceburi perniagaan francais kerana sistem perniagaan ini adalah lebih sistematik dan teratur disamping mempunyai khidmat nasihat serta bimbingan dari pihak francaisor,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Koperasi Negara 2016 dan Francais Komuniti Peringkat Negeri Sabah, di Wisma Pertanian Sabah, disini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Ahmad Awang Hashim dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah, Umar Sarim Hj. Saidin.
Selain itu, katanya, HKNPN Sabah menjangkakan lebih kurang 3,000 pengunjung di sepanjang program itu berlansung khususnya koperator dan masyarakat  yang tinggal di sekitar daerah berkenaan.
“Sebanyak 50 buah booth disediakan untuk koperasi, francaisor, kementerian dan agensi-agensi bagi memperkenalkan, mempromosi dan mempamerkan pelbagai produk, peluang perniagaan dan perkhidmatan.
“Melalui booth pameran ini, masyarakat atau orang awam boleh mendapatkan pelbagai informasi terkini mengenai koperasi dan program francais,”katanya.
Disamping itu, terdapat beberapa acara akan turut dilaksanakan sepanjang program berkenaan termasuklah Pengisytiharan Tokoh Koperasi, Penyampaian anugerah kepada koperasi yang menunjukkan pencapaian cemerlang, pelancaran profil 50 koperasi terbaik negeri Sabah, Ekspo dan jualan produk koperasi Malaysia dan Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU). Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan