Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat diseru libatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan

KOTA KINABALU: Masyarakat digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan sebagai platform untuk menyemai semangat suka membantu dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Puan Siti Ameh Ruman, perayaan ulang tahun ke-15 Persatuan Sukarelawan Sabah (SAVE) dan Hari Sukarelawan Antarabangsa (IVD) 2015 merupakan platform untuk memperlihatkan sumbangan mereka dalam bidang kebajikan dan khidmat masyarakat sosial.

“Sebanyak RM3 juta bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan untuk membantu program-program yang dilaksanakan oleh badan kebajikan di bawah naungan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) setiap tahun,”katanya.

Beliau juga menyeru agar IVD yang merupakan sambutan yang telah ditetapkan oleh Bangsa Bangsa Bersatu sejak tahun 1985 disambut setiap tahun kerana di negeri ini sambutan itu tidak disambut secara tetap.

Beliau berkata demikian, ketika berucap mewakili Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid, sempena perayaan ulang tahun ke-15 Persatuan Sukarelawan Sabah dan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2015 di Peregrine Ballroom, Likas Square Apartment Hotel. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

received_1015051621888449

Komen


Berita Berkaitan