Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat diseru beri kerjasama daftarkan OKU-Jainab

4:38pm 27/11/2015 Dewiana Tinggolongon 17 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Jainab (tengah) melancarkan Majlis Sambutan Hari rang Kurang Upaya peringkat negeri.- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

Jainab (tengah) melancarkan Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya peringkat negeri.- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Semua lapisan masyarakat di seluruh Sabah diseru agar mendaftarkan anak-anak atau anggota keluarga yang tergolong Orang Kurang Upaya (OKU) kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am di seluruh negeri.

Menteri pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad berkata ia bertujuan untuk merealisasikan usaha Kerajaan untuk membawa OKU ke tengah masyarakat dan seterusnya mendedahkan mereka kepada peluang-peluang pembangunan.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan dan kehendak OKU terutamanya dalam aspek pembinaan keyakinan diri OKU,” katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya di pusat beli-belah Oceanus Waterfront, di sini hari ini (Jumaat).

Menurutnya, setekat Oktober tahun ini seramai 22,784 orang kurang upaya yang telah berdaftar di seluruh negeri Sabah.

Sementara itu, sejumlah 9063 orang daripadanya adalah didaftarkan di Kota Kinabalu.

“OKU sebenarnya mempunyai tahap pencapaian mereka tersendiri, dan ada dalam kalangan mereka menjadi peguam, guru, tukang yang mahir, pemuzik, atlit negera dan sebagainya.

“Pencapaian mereka ini membuktikan bahawa mereka adalah aset negera yang berharga,” ujarnya.

Walaubagaimanapun beliau berkata, usaha untuk membangun OKU memerlukan kerjasama dari semua pihak dan bukannya diserahkan sepenuhnya di bahu kerajaan.

Katanya, kerajaan telah menyediakan beberapa institusi kebajikan khususnya untuk OKU seperti

Kmpleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis yang telah mendapat Pentauliahan Pusat Latihan Sistem Dual Nasional (SLDN).

Jelasnya pusat berkenaan memboehkan pelatih OKU yang tamat kursus dengan jayanya menerima Sijil kemahiran Malaysia.

“Kerajaan turut menyediakan pusat penjagaan bagi kanak-kanak KU di bawah 14 tahun iaitu Taman Didikan kanak-kanak Kurang Upaya di Sembua, Sandakan, Tawau, Kudat dan Beaufort,” jelas beliau.

Dalam pada itu beliau turut menyeru pihak-pihak swasta suapaya tampil ke hadapan membantu golongan tersebut dalam aspek memberi mereka peluang atihan kemahiran dan peluang pekerjaan.

Katanya masyarakat perlu yakin bahawa sekiranya glongan itu diberikan peluang latihan dan pekerjaan mereka pasti akan menjadi pekerja yang produktif dan istemewa.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan