Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat dipelawa menyumbang untuk pembinaan semula Masjid As Shafie

Awang Suffian menyampaikan cenedra kenangan kepada Tun Juhar (tengah).

Kota Kinabalu : Masyarakat di negara ini dipelawa menyumbang untuk pembinaan semula Masjid As Shafie di Semanjung Gaza menerusi Aman Palestin.

Pengurus Aman Pelestin Sabah, Jumriati Abdullah berkata usaha pembinaan semula masjid itu dijalankan melalui kerjasama badan berkenaan dengan Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Gaza yang dimaterai pada 26 Januari 2015.

“Masjid As Shafie adalah masjid terbesar dan utama di Semenanjung Gaza dengan kapasiti 6,000 hingga 7,000 jemaah pada satu masa.

“Namun, perang 51 hari dan bedilan tiga peluru berpandu oleh pengganas Israel telah memusnahkan sepenuhnya struktur masjid berkenaan pada tahun 2014,” ujarnya.

Jumriati turut menjelaskan, pembinaan semula masjid berkenaan di atas tapak berkeluasan 5,000 meter persegi menelan kos sebanyak RM12 juta dan kini masih memerlukan RM2 juta.

Menurutnya, pembinaan masjid itu mengambil masa tiga tahun bergantung kepada situasi semasa dan kemudahan mendapatkan bahan binaan yang sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negara itu.

Kerja-kerja pembinaan, tambah Jumriati, kini memasuki fasa ketiga dengan pembinaan bahagian bangunan utama berkeluasan 2,500 meter persegi melibatkan tingkat pertama serta pemasangan bumbung.

“Masjid ini akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Pusar Tahfiz Abu Bakar untuk ratusan pelajar menghafal dan menghabiskan pengajian Al Quran, selain Ibu Pejabat Jawatankuasa Pusat Zakat Al Zaytoon dan Pusat Komuniti bagi khidmat kaunseling dan nasihat.

“Pembinaan masjid ini merupakan hasil sumbangan sepenuhnya rakyat Malaysia yang terus komited membantu rakyat Palestin membangunkan semula bumi Gaza,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal Sempena Pembinaan Semula Masjid As Syafie anjuran bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah di ibu negeri, pada Sabtu malam.

Beliau mendedahkan objektif majlis berkenaan adalah untuk mengumpul dana sumbangan di samping memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu Palestin agar menyokong misi kemanusiaan.

Pada majlis itu, Aman Palestin menerima sumbangan RM13 ribu daripada Yayasan Nur Jauhar, selain sumbangan daripada Masjid As Salam Kg Contoh Putatan serta Adiba Ayu Handicraft Soubvenir & Jewellery dan hasil jualan meja oleh jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sektoir swasta, kelab dan beberapa restoran.

Hadir menyerikan majlis, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin dan ietsri, Toh Puan Dr Norlidah Tan Sri R.M Jasni diirngi Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut dan Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof. Madya Datuk Dr Abdul Kadir Rosline./Penerangan-

Sumbangan RM13,000 Yayasan Nur Jauhar diserahkan kepada Awang Suffian dan Jumriati (empat dari kanan).

Komen


Berita Berkaitan