Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat diminta tidak pinggir golongan OKU

hamisah

TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklunat Sabah, Datuk Hamisa Samat meminta masyarakat tidak meminggirkan golongan orang kurang upaya (OKU) daripada mendapat pendidikan.

 

Hal ini kerana katanya, golongan OKU juga mempunyai potensi tersendiri yang boleh dikembangkan cuma perlu disesuaikan dengan kemampuan mereka.

“Kejayaan sebilangan OKU memasuki beberapa institusi pendidikan tinggi awam dan swasta membuktikan mereka juga layak mendapat pendidikan sekiranya diberikan peluang,” katanya.

Beliau berkata demkian selepas Program Ziarah Kasih Ramadan di Dun Tanjong Batu bersama kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjong Batu, Tawau di sini.

Katanya, masalah tidak akan selesai jika anak atau ahli keluarga OKU dipinggirkan sebaliknya mengambil inisiatif berkongsi dengan kerajaan yang sentiasa prihatin dengan golongan ini.

“Jangan takut dan jangan malu, hantar anak OKU ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita akan jaga mereka seperti anak-anak sendiri,”katanya lagi.

Sehubungan itu Hamisa turut menyarankan kepada sektor awam dan swasta memberi peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan kelulusan yang dimiliki oleh OKU di negara ini.

Beliau yang juga wakil rakyat Tanjong Batu berkata, pada masa ini kerajaan sudah menyediakan banyak kemudahan untuk membela nasib golongan OKU dan pihak swasta juga perlu bersama-sama membantu golongan ini.

Sementara itu, Program Ziarah Kasih Ramadhan melibat golongan kurang berkemampuan dengan penyerahan sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai.

Komen


Berita Berkaitan