Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat Diminta Manfaatkan Sebaiknya Kemudahan PMR Kota Kinabalu

12:04pm 24/08/2016 Pak Roshan 97 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

pmr

KOTA KINABALU : Masyarakat, khususnya golongan pelajar di sini perlu memanfaatkan sebaiknya kemudahan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Kota Kinabalu, kata Pemangku Pengarah Penerangan Sabah Yunus Saprin.

Beliau berkata kemudahan yang terletak di tingkat bawah bangunan Wisma Dang Bandang, di sini adalah sangat bertepatan untuk meningkatkan lagi kadar celik teknologi maklumat (IT) dalam kalangan masyarakat setempat.

“Oleh itu, kita berharap masyarakat terutamanya golongan pelajar dapat menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan ini dengan sebaiknya. PMR menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan internet secara percuma kepada sesiapa yang menggunakannya, berbanding di kafe siber yang mengenakan bayaran tertentu kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sehati Sejiwa dan Pengimarahan PMR Kota Kinabalu sempena bulan kebangsaan, di sini, Rabu.

Mengulas mengenai program itu, Yunus berkata ia bertujuan untuk mempromosikan PMR kepada orang ramai tentang usaha yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan yang menyediakan kemudahan internet kepada orang ramai.

“Kita akan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha memantapkan aktiviti dan penyampaian maklumat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata objektif penubuhan PMR adalah untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian maklumat berkaitan jabatan dan agensi kerajaan yang lebih meluas kepada masyarakat.

“Ia juga bertujuan meningkatkan penglibatan jabatan dalam konteks penyebaran maklumat yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyokong penyebaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan di peringkat lapangan,” tambah beliau.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan