Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat diminta berhati-hati ketika memandu

2:48pm 31/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 66 views Tempatan
Abidin memeriksa tiang lampu jalan yang rosak di Jalan Tuaran pada rabu yang lepas.

Abidin memeriksa tiang lampu jalan yang rosak di Jalan Tuaran pada rabu yang lepas.

KOTA KINABALU- Mayor Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Abidin Madingkir menasihati semua pengguna jalanraya terutamanya penunggang motosikal agar berhati- hati di jalan raya sempena Tahun Baru ini.

Menurut Abidin, sejumlah 75 tiang lampu jalan di sekitar daerah ini termasuk 12 tiang lampu jalan di sepanjang Jalan Kepayan rosak akibat dari kemalangan yang berlaku dalam sepanjang tahun

“Pihak DBKK bimbang lampu jalan yang seringkali rosak bukan sahaja akan meningkatkan kos perbelanjaan terutamanya dalam kos pembaikan malah akan mengancam keselamatan pengguna jalan raya”, katanya.
Menurut beliau lagi, pihak mereka turut melakukan kerja- kerja penyelenggaraan lampu jalan di sepanjang jalan kawasan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mana kawasan- kawasan tersebut di bawah bidang kuasa DBKK.
Diantaranya ialah Jalan Tg. Aru, Jalan Mat Salleh, Jalan Airport, Jalan Aru, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tuaran by pass, Jalan Tun Fuad Stephens, Jalan UMS, Jalan Polytechnic, Jalan Sepanggar, Jalan Norowot, Jalan Tuaran (Bidang kuasa terhad di Jalan Telipok), Jalan Lintas( bidang kuasa terhad di open University), Jalan Pintas ( bidang kuasa terhad di persimpangan Jalan Lintas) Penampang, Jalan Penampang (bidang kuasa terhad di persimpangan Lido) Jalan Bantayan Minintod (bidang kuasa terhad di  Gaya Sport), Jalan Kiansom, Jalan Istana, Jalan Teluk Likas , Jalan Signal Hill, Jalan Sembulan, Jalan Kepayan, Jalan Tun Razak, Jalan Pahlawan, Kepayan, Jalan Kolam, Jalan Shangtung, dan Jalan  Kebajikan.
Walaubagaimanapun, pembahagian kawasan mengikut bidang kuasa akan mengelirukan orang awam.
“Ini sudah menjadi kebiasaan jika terdapat orang awam yang menunding jari kepada pihak DBKK mengenai kerosakan lampu jalan, dan jalan raya , longkang tersumbat walaupun kawasan berlakunya kerosakan itu bukan dalam bidang kuasa pihak kami.
“Walaubagaimanapun, pihak kami tetap akan memaklumkan kepada pihak JKR tentang aduan yang dibuat oleh orang awam jika kawasan yang terlibat bukan di bawah pengawasan pihak DBKK”, katanya.
Abidin turut menyeru kepada masyarakat setempat agar menghubungi talian Hotline DBKK di 088-0210011 pada waktu bekerja jika terdapat lampu jalan yang rosak. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan