Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat digesa lapor kes rasuah kepada SPRM

MEMORANDUM…Joanes (dua dari kiri) menerima memorandum kerjasama daripada Sazali.

Kota Kinabalu : Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi menggesa masyarakat agar melaporkan kes-kes rasuah di negara ini kepada agensi tersebut.

Beliau memberitahu media selepas menandatangani Memorandum Kerjasama antara SPRM Sabah dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang diwalikinya bersama Ketua Pengarah DBKK, Datuk Joanes Solidau di sini, pada Selasa.

Katanya, DBKK terpilih sebagai salah satu agensi yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjayakan Program Gerah dan Pelancaran Kempen Gempur oleh SPRM.

Menurut Sazali, program tersebut merupakan rebranding kepada usaha yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 iaitu kempen perangi rasuah yang bertujuan memberi kesedaran kepada penjawat awam supaya menolak rasuah yang ditawarkan oleh orang awam yang berurusan dengan mereka./Penerangan-

Komen


Berita Berkaitan