Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat digesa lakukan pembersihan di kawasan masing-masing

Para peserta yang menyertai program Apresiasi Alam di pantai Tajung Lipat, Likas. – Gambar SNT / Ehsan Lokman Sunggim

KOTA KINABALU: Semua kawasan yang mempunyai masalah pencemaran perlu dikenalpasti bagi membolehkan langkah pembersihan dapat diambil dengan segera.

Pembantu Menteri Perdagangan dan Industri negeri, Azhar Matussin berkata, ia boleh dilakukan oleh penduduk setempat dengan melakukan gotong-royong agar kawasan didiami itu akan kembali terjaga kebersihannya.

”Masyarakat harus bersama-sama memainkan bertanggungjawa dan memainkan peranan menjaga kebersihan persekitaran mereka,” katanya dalam ucapan perasmian Program Apresiasi Alam di pantai Tanjung Lipat, Likas di sini.

Program itu dianjurkan bersama oleh Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Kelombong, Sekolah Kebangsaan (SK) Kelombong dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Para peserta yang menyertai program Apresiasi Alam di pantai Tajung Lipat, Likas. – Gambar SNT / ehsan Lokman Sunggim

Kira-kira 120 pelajar orang kurang upaya (OKU) dan 20 ahli Kelab Pencinta Alam selain ibu bapa dan orang ramai menyertai program tersebut.

Dalam pada itu, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, program itu menunjukkan sikap positif masyarakat di negeri ini yang masih peka dan menghargai kepentingan menjaga serta memulihara alam sekitar.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan. Selain itu, saya juga berharap orang ramai sentiasa memberi kerjasama dan melibatkan diri menjayakan program-program sedemikian,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan sempena program itu ialah gotong royong membersihkan pantai Teluk Likas, sukaneka dan pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan