Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat digesa hayati erti perpaduan

Kurup (dua dari kanan) menyampaikan Hadiah Penghargaan Bagi Pencalonan Anugerah Rukun Tetangga 2014 bagi Kategori Pengurusan Skim Rondaan Sukarela kepada wakil Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sambil diperhatikan oleh Jainab (kanan sekali).
Kurup (dua dari kanan) menyampaikan Hadiah Penghargaan Bagi Pencalonan Anugerah Rukun Tetangga 2014 bagi Kategori Pengurusan Skim Rondaan Sukarela kepada wakil Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sambil diperhatikan oleh Jainab (kanan sekali).

KOTA KINABALU – Rakyat pelbagai kaum di Malaysia disaran agar dapat menghayati dan membudayakan perpaduan sebagai satu cara hidup yang harmonis dalam sebuah masyarakat yang bertamadun.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup yang bertanggungjawab sebagai Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional berkata, ia penting bagi memastikan kesinambungan perpaduan yang dinikmati rakyat negara ini terus berkekalan.

“Ini kerana melalui kepelbagaian yang ada membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya menguruskan hubungan kaum dengan baik sekali dan memastikan kepelbagaian tersebut terus terpelihara,” katanya ketika berucap dalam majlis malam Integrasi Rukun Tetangga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia (JPNIN) Sabah 2015 di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, turut diadakan majlis penyampaian Hadiah Penghargaan Bagi Pencalonan Anugerah Rukun Tetangga 2014.

Ujarnya, ciri-ciri kepelbagaian yang terdapat dalam masyarakat membuktikan ia sebagai suatu kekuatan kepada negara untuk terus maju dan berdaya saing, justeru membudayakan perpaduan serta meraikan kepelbagaian haruslah menjadi cara hidup rakyat demi kesejahteraan tanahair yang tercinta.

“Oleh yang demikian penubuhan Rukun Tetangga adalah penting di setiap komuniti di negara kita demi kesepaduan dan keharmonian nasional dan sebagai pembakar obor perpaduan untuk negara ini,” ujar beliau.

Katanya, semangat kekitaan dalam Rukun Tetangga perlu diterjemahkan kepada masyarakat setempat dalam menentukan kelangsungan keharmoniannegara disamping ahli-ahli Rukun Tetangga perlu terus menghayati erti perpaduan, kepentingan untuk saling menghormati antara kaum.

Beliau juga berharap agar budaya dan semangat kesukarelawan dan kerja berpasukan sepertimana yang wujud dalam Rukun Tetangga akan terus menjadi amalan murni masyarakat negara ini sehingga generasi yang akan datang. –SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan