Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,670

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat digalakkan menceburi diri dalam bidang penalaan piano

2:08pm 28/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 47 views Pendidikan,Tempatan
Penalaan piano

Penalaan piano

KOTA KINABALU- Satu kursus penalaan piano selama 10 hari bakal dianjurkan oleh Kolej Latihan Guru Muzik Malaysia (MMTC) pada awal tahun hadapan.

Kursus tersebut akan bermula daripada 11 sehingga 21 Januari, tahun hadapan dan akan menjemput seorang pengajar dari Australia yang mahir dalam bidang penalaan piano.

Kursus ini dibuka kepada masyarakat diluar sana dan ia merupakan anjuran MMTC dengan kerjasama dari pihak Australasian School of Piano Technology (ASPT).

Menurut Pengetua merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MMTC, Peter Chua, pemilik piano digalakkan untuk menala piano mereka tiga bula sekali untuk mengekalkan kualiti bunyi piano tersebut.

“Namun, kebanyakkan pemilik piano hanya mampu untuk menala piano mereka sekali atau dua kali dalam setahun disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja yang mahir dalam bidang penalaan piano di Sabah”, kata Peter.

Tambahan Peter, mereka yang terlibat dalam industri penalaan piano tersebut boleh mengaut keuntungan yang boleh mencecah melebihi RM 50 juta. Ini disebabkan oleh terdapat banyak permintaan daripada pasaran dalam bidang tersebut.

“Saya ingin mengalakkan masyarakat di negeri ini untuk menjadi seorang penala piano kerana industri tersebut mempunyai masa depan yang cerah”, katanya.

Menurut beliau lagi, seorang penala piano boleh mendapat lebih kurang RM 150 untuk setiap piano yang telah ditala. selain itu, setiap piano hanya perlukan masa sebanyak dua jam sahaja untuk ditala.

Masyarakat yang berminat untuk menyertai kursus tersebut boleh menghubungi MMCT di talian 088-262929 pada waktu berkerja. Yuran bagi kursus 10 hari tersebut ialah RM 5,000 bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang muzik.

Disamping itu, pendaftaran bagi kursus tersebut hanya terhad kepada 30 orang peserta sahaja dan mereka yang berminat dinasihati untuk mendaftarkan diri dengan segera. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan