Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masyarakat beri reaksi positif pelaksanaan GST

mugshot1

BEAUFORT – Pemimpin masyarakat berperanan besar dalam memberi pemahaman mendalam kepada rakyat akar umbi tentang kebaikan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April ini.

Dan, selaku perantara kerajaan dengan rakyat, pemimpin masyarakat perlu mempunyai pengetahuan dan pemahaman mendalam terhadap GST, bahawa sistem berkenaan tidak membebankan rakyat.

Justeru, satu Taklimat Kepenggunaan GST Peringkat Daerah Beaufort anjuran Pejabat Daerah Beaufort diadakan bagi memberi penerangan kepada seluruh pemimpin masyarakat dari kawasan Lumadan, Klias dan Membakut.

Ia dihadiri kira-kira 400 orang terdiri daripada Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Anak Negeri dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di Dewan Pa’ Musa, di sini hari ini.

Penceramah terdiri daripada wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Program tersebut dirasmikan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.

Rata-rata pemimpin yang hadir menyambut baik program itu yang dilihat dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka mengenai GST sekaligus memudahkan usaha memberi penerangan kepada penduduk di peringkat akar umbi.

Bagi Pengerusi JKKK Kampung Muhibbah, Rahman Karmo, taklimat itu dilihat tepat pada masanya kerana masih terdapat ramai penduduk di kawasannya yang belum memahami kebaikan sebenar pelaksanaan GST.

“Program ini nyata membantu saya dalam usaha memberi gambaran lebih jelas kepada masyarakat di kampung saya tentang manfaat yang dapat diperolehi hasil pelaksanaan GST.

“Ia sekaligus merungkai segala persepsi buruk masyarakat terhadap GST berikutan informasi serong yang digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini,” katanya ketika ditemui dalam program itu.

Sementara itu, Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan, Dayang Surinah Karim, menyifatkan pemahaman mengenai sistem cukai itu dalam kalangan pemimpin masyarakat adalah penting.

Katanya, selaku pemimpin masyarakat terlibat mempunyai peranan besar kerana mereka merupakan individu yang paling dekat malah kerap berada bersama masyarakat akar umbi di kawasan masing-masing. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan