Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masyarakat berbilang kaum meriahkan Karnival Tahun Baru Cina

11:27pm 31/01/2016 Leolerry Lajius 58 views Isu Semasa,Tempatan

IMG-20160131-WA0002

KOTA KINABALU: Karnival Tahun Baru Cina yang diadakan di Lintasan Deasoka sejak dua malam yang lalu mendapat sambutan dari ratusan pengunjung setiap malam yang menambah kemeriahan sepanjang karnival tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai, sepanjang karnival itu diadakan pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum,agama dan pelancong asing turut serta memeriahkan karnival tersebut.

“Saya merasa gembira kerana karnival ini sekali lagi mendapat sambutan daripada masyarakat bandaraya, bukan sahaja di kalangan kaum Tionghua tetapi oleh semua lapisan masyarakat yang berbilang bangsa, budaya dan agama,”katanya ketika berucap pada majlis tersebut mewakili Mayor  Datuk Abidin Madingkir.

Tambah beliau, penganjuran karnival itu juga telah mencapai matlamatnya iaitu untuk menceriakan dan menghidupkan suasana  waktu malam di Bandaraya ini dan juga memeriahkan suasana menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Majlis penutupan karnival itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan