Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MASwings tawar potongan harga tiket sehingga 70 peratus

8:42pm 05/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 326 views Tempatan
Ik menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Kapten Ritzerwan Rashid.

Ik menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Kapten Ritzerwan Rashid.

KOTA KINABALU- Lembaga Pelancongan Sarawak menjalinkan usaha sama bersama syarikat penerbangan tempatan, MASwings bagi menggalakkan orang ramai khususnya peminat muzik Jazz dan muzik dari seluruh dunia untuk menyaksikan dua buah festival muzik yang bakal berlansung pada bulan Mei dan Ogos, tahun ini.

Menurut Datuk Ik Pahon Joyik, kedua- dua buah festival tersebut ialah Festival Borneo Jazz edisi ke-11 dan ‘Rainforest World Music Festival’ ke-19 yang masing- masing akan berlansung pada 13 hingga 14 Mei dan 5 hingga 7 Ogos, tahun ini.

Ik yang merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak berkata, MASwings menawarkan potongan harga tiket sehingga 70 peratus untuk orang ramai yang ingin ke Sarawak.

“Harga tiket yang ditawarkan oleh MASwings sangat menarik… Pihak kami mengalu- alukan pengunjung dari seluruh Malaysia untuk melawat Sabah dan Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar di Bangunan Pentadbiran MAS, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau berkata bahawa pihak mereka menjangkakan lebih kurang 5,000 orang datang ke ‘Borneo Jazz’ manakala 20,000 untuk ‘Rainforest World Music festivals’.

Bagi festival di Miri, MASwings menawarkan harga tiket serendah RM92 dari Bintulu; RM95 dari Labuan; RM107 dari Sibu; RM114 dari sini dan RM130 dari Kuching. Promosi tersebut sah bermula dari hari ini (5 April) sehingga 12 Mei dan tempoh perjalanan bermula dari 5 Mei sehingga 21 Mei, tahun ini.

Manakala, festival di Kuching, MASwings menawarkan harga serendah RM104 dari Sibu, RM130 dari Bintulu dan Miri, RM152 dari sini dan RM165 dan Labuan bagi jalan sehala.

Promosi tersebut sah bermula dari hari ini (5 April) sehingga 4 Ogos dan tempoh perjalanan bermula dari 29 Julai sehingga 14 Ogos, tahun ini. Tiket untuk kedua- dua festival boleh dibeli melalui jazzborneo.com dan www.rwmf.net. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan