Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MASWings taja 40 anak yatim ke Miri

7:06pm 14/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 44 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
JAINAB merakamkan gambar kenangan bersama peserta Program Penerbangan Prihatin YADIM- MASWings, dekat sini, hari ini.-Gambar Oleh Alex Mairin

JAINAB merakamkan gambar kenangan bersama peserta Program Penerbangan Prihatin YADIM- MASWings, dekat sini, hari ini.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU- Seramai 40 anak- anak yatim daripada empat buah Rumah Anak Yatim tertpilih mengikuti Program Penerbangan Prihatin YADIM- MASwings 2016 selama dua hari satu malam ke Miri, Sarawak.

Antara rumah- rumah anak yatim yang terlibat dalam program tersebut adalah Rumah Anak Yatim Darul Bakti Kota Belud, Yayasan Kebajikan Suria Tuaran, Home Tuaran dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah Papar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata Kerajaan Negeri menyambut baik program penerbangan yang dianjurkan oleh YADIM dengan kerjasama MASWings itu.

“Ini merupakan usaha yang kreatif YADIM dan kolaborasi MASwings dengan membawa anak-anak yatim ini melawat beberapa lokasi di Miri,”katanya semasa berucap semasa sidang media sempena Program Penerbangan Prihatin YADIM- MASwings, dekat sini, hari ini.

Selain itu, Jainab turut menyeru kepada anak- anak yatim yang terpilih agar memanfaatkan pengalaman yang diperolehi sepanjang perjalanan tersebut.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Samin Ongki dan Pemangku Ketua Pengawai Eksekutif MASWings, Aminuddin Zakaria. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

JAINAB beramah mesra dengan para peserta Program Penerbangan Prihatin YADIM- MASWings Foto Alex Mairin/SayangSabah

JAINAB beramah mesra dengan para peserta Program Penerbangan Prihatin YADIM- MASWings Foto Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan