Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MASwings menawarkan harga promosi sempena Tahun Baharu Cina 2016

11:24pm 04/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 344 views Tempatan

maswings

KOTA KINABALU- Masyarakat setempat kini boleh meluangkan masa bersama keluarga dengan melancong bersempena dengan musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina 2016.

MASwings menawarkan promosi hebat untuk seluruh destinasi tempatan dari harga serendah RM86 untuk penerbangan sehala.

Promosi tersebut sah bermula 5 Februari sehingga 28 Februari, tahun ini dan tempoh perjalanan bermula dari 8 Februari sehingga 31 Mac hadapan.

Para penumpang dari daerah ini akan menikmati harga serendah RM86 ke Labuan, RM96 ke Tawau, Sandakan, Lahad DAtu, Mulu dan Miri.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan destinasi, harga tiket dan jadual penerbangan boleh dirujuk dalam laman web MASwings di www.maswings.com.my. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan