Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MASwings catat peningkatan 15 peratus pelancong antarabangsa

KETUA Pegawai Eksekutif MASwings, Aminuddin Zakaria memberikan penerangan didalam pesawat ATR 72-500 semasa dalam penerbangan yang membawa rombongan media. – Foto Mohd Adam Arinin

 

KOTA KINABALU: MASwings catat peningkatan kira-kira 15 peratus pelancong asing menggunakan syarikat penerbangan serantau itu di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aminuddin Zakaria, berkata apabila MASwings mula beroperasi pada 2007, hanya kurang dari lima peratus pelancong antarabangsa menggunakan perkhidmatannya.

“Sekarang, jumlah itu meningkat kepada kira-kira 15 peratus daripada jumlah penumpang.

“Antara destinasi popular yang menjadi destinasi tumpuan pelancong asing ini, termasuk Kota Kinabalu dan Mulu, selain Tarakan di Indonesia,” katanya sambil menambah syarikat penerbangan itu mempunyai kira-kira 1.2 juta penumpang setiap tahun.

Aminuddin berkata demikian selepas program ‘MASwings Joyride’ bersama media dan rangkaian pelancongan untuk mengalami pengalaman perkhidmatan kabin yang diperbaharui di pesawat ATR 72-500 di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat penerbangan serantau itu komited untuk mempromosikan sektor pelancongan di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk pelancong dalam kalangan golongan muda.

Sehubungan itu, katanya, syarikat penerbangan itu melabur kira-kira RM200,000 untuk perkhidmatan dalam pesawat untuk 10 pesawat MASwings ATR miliknya.

Antara peningkatan itu termasuk kualiti yang lebih baik dari kusyen tempat duduk, permaidani anti kotoran di lorong, mengubah makanan dalam penerbangan dan penampilan kru kabin.

Syarikat penerbangan itu kini terbang ke 23 destinasi di rantau ini. – BH ONLINE

ANAK kapal MASwings, Muhammad Ridwan bersama Davyna Thien bergambar dalam pesawat ATR 72-500 yang telah dinaik taraf, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), di Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

Komen


Berita Berkaitan