Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masuk ular, katak beracun dalam mulut

8:59am 15/12/2015 Pak Roshan 126 views Global
SEDUTAN video menunjukkan ular dan katak berada di dalam mulut Duarte.

SEDUTAN video menunjukkan ular dan katak berada di dalam mulut Duarte.

Manaus (Brazil): Seorang aktivis memasukkan ular dan katak berbisa ke dalam mulutnya sebagai bantahan terhadap aktiviti penebangan hutan di Amazon.

Satu rakaman video menunjukkan aktivis itu, Arteval Duarte melakukan aksi bahaya berkenaan di kawasan hutan di Amazon baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Duarte dilihat memegang seekor anak ular berbisa dan seekor katak beracun.

Dia kemudian melilit ular itu pada katak sebelum memasukkan kedua-dua haiwan berkenaan ke dalam mulutnya.

Kedua-dua haiwan berkenaan dibiar berada dalam mulut Duarte selama beberapa saat sebelum ia keluar dengan sendirinya.

Duarte memegang kedua-dua haiwan berkenaan sebelum melepaskannya kembali ke hutan.

Katanya, dia melakukan aksi bahaya itu sebagai tanda protes terhadap aktiviti memusnahkan hutan yang kini berlaku di Amazon.

“Sekiranya hutan ini musnah, haiwan yang luar biasa seperti ini pasti akan pupus,” katanya.

Duarte memberitahu, dia sudah bermain dengan haiwan berbisa selama 15 tahun.

Dia sebelum ini pernah memasukkan tiga labah-labah berbisa ke dalam mulutnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan