Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masuk Hari Ke-8, Jasad Mangsa QZ8501 Sudah Tak Dapat Dicam

aa

Setelah lapan hari pesawat milik AirAsia Indonesia terhempas di Perairan Karimata, Indonesia, kebanyakan jenazah penumpang kapal terbang tersebut ditemui dalam keadaan yang tidak dapat dicam.

Semakin hari, kondisi mayat semakin membusuk. Secara visualnya, ia tidak mungkin lagi dapat dikenali,” ujar Ketua Pusat Kedoktoran & Kesihatan, Arthur Tampir di Surabaya, pagi tadi.

Lantas itu, ujarnya seperti yang disiarkan Kompas.com, kesemua jenazah yang telah ditemui perlu dihantar ke RS Bhayangkara untuk proses identifikasi atau pengecaman mayat.

Setiap jasad tersebut bakal melalui prosedur pengecaman dengan mengambil sampel data primer seperti DNA dan gigi. Selain itu, prosedur tersebut turut melibatkan data sampingan seperti barangan milik mangsa dan ciri khas pada bahagian tubuh.

uploads--1--2014--12--50308-30-kri-bung-tomo-357-temukan-pesawat-airasia-qz8501-2-dua-jenazah-korbanfile6ilh4i4avbp127oryean

Menurut Arthur lagi, sehingga kini terdapat kira-kira 160 ahli forensik yang bertugas dalam pasukan Disaster and Victim Identification (DVI) khas untuk insiden pesawat QZ8501.

Sehingga kini, 30 jenazah telah ditemui di lokasi nahas pesawat di Kalimantan Tengah, namun hanya enam jasad dapat dikenali dan baki 24 jenazah lagi masih berada dalam proses pengecaman.

Pasukan tersebut kini menyediakan ruang khas yang sejuk untuk dijadikan tempat menyimpan kesemua jenazah yang ditemui agarnya ia berada dalam keadaan baik dan tidak terus rosak. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan