Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,301

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masjid Sembulan adakan solat Jumaat semula hari ini selepas 40 tahun

10:35am 06/01/2017 Pak Roshan 1909 views Mutakhir,Nasional
Masjid Sembulan

Masjid Sembulan

KOTA KINABALU: Umat Islam di Kampung Sembulan Lama dan Sembulan Tengah di sini boleh mengadakan semula solat Jumaat di Masjid Sembulan sejak 40 tahun mulai hari ini.

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid Sembulan, Hj. Nordin Hj. Palah, berkata pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains) telah mengeluarkan surat kebenaran tersebut bertarikh 29 Disember setelah Jabatan Mufti Negeri Sabah memberikan kelulusan bertarikh 5 Disember.

Dengan kebenaran tersebut, katanya, penduduk lelaki beragama Islam di dua kampung tersebut boleh memilih sama ada mengerjakan solat Jumaat di Masjid Sembulan atau Masjid Negeri Sabah.

Beliau juga berkata, kali akhir solat Jumaat diadakan di masjid tersebut ialah kira-kira 40 tahun apabila Masjid Negeri Sabah yang ada sekarang mula digunakan pada tahun 1977.

Sebelum itu, Masjid Sembulan adalah masjid negeri yang pertama selepas berpindah dari lokasinya di Kampung Air pada tahun 1960an dan merupakan pusat kegiatan dakwah yang aktif.

Dengan bermulanya penggunaan masjid negeri yang ada sekarang, solat Jumaat tidak lagi diadakan di Masjid Sembulan kerana kekeliruan isu kariah atau faktor jarak yang dekat dengan Masjid Negeri Sabah.

Keputusan pihak Jheains membenarkan solat Jumaat diadakan semula di Masjid Sembulan dapat mengurangkan kesesakan di Masjid Negeri Sabah.

Selain itu, ia mengembalikan nostalgia di kalangan penduduk yang menunggu selama 40 tahun untuk solat Jumaat di situ, selain orang ramai di seluruh negeri yang pernah mengikuti kelas mengaji al-Quran dan kegiatan agama di Masjid Sembulan.

Masjid Sembulan dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah dalam satu masa. Menurut sejarahnya Masjid Sembulan Lama didirikan awal tahun 1950an.

Masjid ini adalah diantara masjid sekitar bandar Jesellton masa itu kini Kota Kinabalu tempat masyarakat Islam Sembulan berhimpun untuk menunaikan solat fardu lima waktu, solat fardu Jumaat dan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Masjid ini pada masa itu dapat menampung kira-kira 300 orang dan apabila dibina semula pada tahun 1985 ianya dapat menampung sehingga 700 jemaah.

Memandangkan bilangan jemaah yang semakin bertambah dari masa ke masa terutama solat Jumaat sehingga tidak dapat lagi menampung jemaah solat Jumaat untuk ahli kariah Sembulan, Kota Kinabalu dan sekitarnya maka dari kajian pada tahun 1968 tercetuslah cadangan untuk mendirikan Masjid yang baru dan lebih besar iaitu Masjid Negeri yang ada sekarang ini.

Pada 28 Jun.1977 solat Jumaat telah ditunaikan di Masjid Negeri dan sejak itu terhentilah solat Jumaat di Masjid Sembulan.

Pada masa tersebut semua AJK Masjid Sembulan, Imam,bilal telah bertugas ke Masjid Negeri. Imam Masjid Negeri yang pertama ialah Almarhum Datuk Hj. Imam Pandin.

Sebagai rekod masjid ini juga pernah dikunjungi oleh bekas Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan kenamaan lain.

Bekas Yang dipertua Negeri, Tun Haji Ahmadshah Abdullah juga sering menunaikan solat Tarawih di sini setiap Tahun. Masjid Sembulan telah disebut sebagai masjid negeri pada masa itu. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan