Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masjid RM3.28 juta bakal dibina di Menumbok

Azizah (tengah) menyampaikan sumbangan 'duit raya' kepada kanak-kanak di majlis itu yang diadakan di Dewan Awang Semaun, Pekan Menumbok. - foto Aryan de Vera / SayangSabah
Azizah (tengah) menyampaikan sumbangan ‘duit raya’ kepada kanak-kanak di majlis itu yang diadakan di Dewan Awang Semaun, Pekan Menumbok. – foto Aryan de Vera / SayangSabah

MENUMBOK – Sebuah masjid baharu yang lebih luas dan dilengkapi kemudahan asas bakal dibina di kawasan ini dalam masa terdekat bagi memberi keselesaan kepada masyarakat Islam setempat untuk menunaikan ibadah.

Menyatakan perkara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata, peruntukan berjumlah RM3.28 juta telah diluluskan kerajaan Persekutuan untuk pembinaannya bagi menggantikan fungsi masjid sedia ada.

“Masjid Menumbok baharu ini akan dibina di satu lokasi di atas tapak seluas kira-kira setengah hektar berdekatan Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Menumbok. Pembinaannya akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebaik saja proses berkaitan diselesaikan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Aidilfitri Belia Sepakat Menumbok, di Dewan Serbaguna Awang Semaun, di sini semalam.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort memberitahu, kerajaan juga telah meluluskan dua peruntukan menaik taraf jalan raya iaitu dari Kampung Tanjung Aru ke Kampung Sangkabok di Kuala Penyu sejauh empat kilometer (km) serta di Kampung Baru Kubu di Beaufort, kira-kira 10 km.

Katanya, peruntukan disalurkan ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi projek ‘Janji Di Tepati’. – oleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan