Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,711

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masjid Kampung Ayer Kudat berwajah baru

4:39am 09/11/2016 Leolerry Lajius 52 views i-Muslim,Kudat,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (tengah) bersama barisan jemaah menteri ketika melawat masjid berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) bersama barisan jemaah menteri ketika melawat masjid berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KUDAT: Masjid Kampung Ayer kini berwajah baru selepas bangunan asalnya yang dibina sejak tahun 1968 dirobohkan kerana mengalami kerosakan dan digantikan dengan bangunan yang baru.

Fasa pertama pembinaan Masjid ini dimulakan pada Januari tahun 2014 dan siap pada Ogos 2016.

Menurut Jurutera JHEAINS Awang Asnawi Jaafar, masjid ini dijangka akan digunakan mulai jumaat ini.

“Masjid ini boleh memuatkan lebih seribu orang berbanding masjid sebelum ini yang cuma boleh memuatkan hampir 500 orang.”

“Selepas ini fasa kedua pembinaan masjid ini yang melibatkan pembinaan infrastruktur termasuk jalan raya, pagar dan lanskap akan dilaksanakan di kawasan masjid seluas satu ekar ini,”katanya ketika ditemui media di sini, kelmarin.

Sementara itu, menurut Mantan Pegawai Tadbir JHEAINS Hassan Hj. Wahab, 60, bangunan asal masjid ini dibina secara gotong-royong oleh penduduk Kampung Ayer.

“Ketika itu, ini lah masjid pertama yang dibina di daerah ini dan dibina secara gotong royong oleh penduduk,”katanya.

Beliau turut menyatakan, pelbagai aktiviti juga akan bakal di laksanakan di masjid baru ini termasuklah ceramah dan pelbagai lagi program yang melibatkan keagamaan bagi mengimarahkan lagi masjid ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman serta barisan jemaah menteri Sabah juga turut melawat masjid berkenaan dalam lawatan kerja beliau ke daerah ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan