Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masjid diseru agar diaktifkan sebagai penggerak kecemerlangan ummah

4:51pm 02/10/2016 Leolerry Lajius 41 views i-Muslim,Kota Kinabalu,Tempatan
TIMBALAN Ketua Menteri, , Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas menyambut ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (kiri) setibanya di Dewan Sri Putatan bagi merasmikan Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2016.

KOTA KINABALU: Masjid sebagai institusi penting dalam masyarakat Islam diseru agar diaktifkan sebagai penggerak kepada penyatuan dan kecemerlangan ummah.

Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Hj. Juhar Bin Datuk Hj. Mahiruddin berkata, ahli kariah perlu mempelbagaikan kegiatan masjid dengan program spiritual, fizikal dan intelektual bagi melahirkan umat beriman dan berakhlak mulia.

“Matlamatnya adalah untuk mengubah keadaan sedia ada kepada kedudukan lebih baik bukan saja bagi kehidupan di dunia, tetapi juga sebagai bekalan untuk hari akhirat nanti.”

“Segala risiko yang membawa mudarat kepada kesatuan dan kecemerlangan juga perlu ditangani sebaik-baiknya di semua peringkat, daripada peringkat individu sehinggalah kepada pemimpin masyarakat serta pihak berkuasa melalui mesyuarah berpandukan ilmu dan bukannya berpandukan kepada emosi,”katanya ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah, di Dewan Sri Putatan, hari ini.

Tun Juhar juga menyeru umat Islam agar kembali kepada kekuatan persaudaraan bersaskan akidah Islamiah sebagai memperkasakan kesatuan dan perpaduan ummah.

“Ia membolehkan konsep penerimaan dan kebersamaan yang menjamin kesejahteraan hidup dalam masyarakat majmuk di negara kita terus kekal subur.”

“Semua pihak perlu memainkan peranan supaya hasrat ini tercapai. Perbuatan mencela atau memburuk-burukkan antara satu sama lain atas sebab berbeza fahaman politik, mazhab ataupun kaum hendaklah dihentikan,”katanya.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid, ceramah khas daripada Penceramah Bebas dan Perunding Motivasi Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali dengan kehadiran ribuan pengunjung.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tun Juhar ketika menyampaikan perutusan sempena majlis berkenaan.

Tun Juhar ketika menyampaikan perutusan sempena majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan