Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masjid Batu Sapi baharu untuk rakyat: Samsudin

masjid batu sapi

SANDAKAN 22 Ogos – Hasrat masyarakat Islam di sekitar Parlimen Batu Sapi di sini untuk memiliki sebuah masjid yang lebih besar dan selesa bakal menjadi kenyataan apabila kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina sebuah masjid baharu di kawasan Batu Sapi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, masjid berkenaan bertujuan memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menunaikan setiap janji untuk melaksana projek pembangunan termasuk dalam kawasan Sekong di sini, yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat melawat tapak pembinaan Masjid Batu Sapi, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat berhubung projek pembinaan masjid itu daripada pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan.

Samsudin berharap, pihak kontraktor dapat menyiapkan projek pembinaan masjid siap dan dijangka dalam hujung tahun ini.

Jelas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip menepati janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini.

Beliau seterusnya meminta rakyat supaya menolak dakyah pihak pembangkang yang sentiasa memburukkan kerajaan dan tidak pernah menyokong apa jua dasar yang dilaksanakan untuk membantu rakyat.

Komen


Berita Berkaitan