Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masjid baru di Kg Menawo

5:44pm 06/02/2016 Ann Vivien 46 views Isu Semasa,Tempatan

 

Ghani menandatangani plug perasmian Masjid Jamek Al-Hikam, sambil diperhatikan oleh Ahmad (dua dari kanan).

Ghani menandatangani plug perasmian Masjid Jamek Al-Hikam, sambil diperhatikan oleh Ahmad (dua dari kanan).

KENINGAU: Lebih 1,000 masyarakat Islam di kampung Menawo Ulu dekat sini kini dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa apabila sebuah masjid baharu dibina di kampung itu.

Berucap merasmikan majlis perasmian masjid itu yang diberi nama Masjid Jamek Al-Hikam itu pada Sabtu, Ketua Bahagian Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamad Yassin berkata, sejumlah RM600,000.00 telah diperuntukkan kerajaan negeri untuk membina masjid berkenaan.

Katanya, pembinaan kemudahan badan-badan keagamaan yang ada dinegeri ini menunjukkan bahawa kerajaan amat  perihatin terhadap  kebajikan para badan-badan keagamaan dalam memberi keselesaan dalam menunaikan kewajipanan serta keggunaan pelbagai aktiviti keagamaan.

Pada masa sama Ghani berkata, dengan adanya kemudahan yang diberikan itu diharapkan masyarakat Islam di kampung berkenaan dapat mengimarahkan lagi masjid dan mengembangkan ajaran agama Islam sebenar dengan lebih meluas.

Katanya, ini kerana tanggungjawab umat Islam khususnya di kampung ini adalah untuk mengurus dan mempelbagaikan kegiatan masjid dengan program kerohanian fizikal dan intelektual bagi meningkatkan minda masyarakat dan melahirkan umat yang beriman, bertakwa dan progresif bagi menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan