Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masjid Bandaraya anjur Festival Hijrah sempena Maal Hijrah

8:22pm 30/09/2016 Leolerry Lajius 87 views i-Muslim,Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU : Sempena dengan sambutan Maal Hijrah 1438, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan Festival Hijrah yang akan berlangsung selama empat hari dari 30 September (Jumaat) hingga 4 Oktober.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, festival berkenaan merupakan sahutan kepada seruan agar rakyat negara ini terus meningkatkan pencapaian dalam semua aspek kehidupan baik dari segi ekonomi, perpaduan, persaudaraan kebudayaan dan agama.

“Negara kita merupakan antara negara yang sering mendapat pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif.”
“Melalui festival ini, ia juga menjadi wadah untuk mengajak masyarakat berbilang kaum dan agama datang ke masjid ini,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian festival berkenaan.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.

Beliau turut menyatakan, Masjid Bandaraya merupakan satu-satunya masjid yang mempunyai Paliatif Masjid di negara ini dan sudah terkenal dengan pelbagai program yang berinovatif dan menjana ilmu pengetahuan.

“Saya berharap agar masjid-masjid di seluruh negeri dapat mencontohi masjid ini dalam dalam aspek pengurusan dan program-program ilmu yang lain,”katanya.

Sempena festival berkenaan, pelbagai program akan diadakan antaranya Ceramah Hijrah oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari, Lambaian Kaabah Cilik, Kursis Simulasi Sembelihan, Pengurusan Jenazah dan banyak lagi.

Lebih 70 buah gerai usahawan yang menjual makanan tradisional, buah-buah tempatan, aksesori dan pelbagai barangan yang lain turut memeriahkan sambutan festival berkenaan./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan