Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masjid, balai raya bukan tempat berbalah

Masjid Kampung Tanah Merah, Melaman yang bakal dinaiktaraf.
Masjid Kampung Tanah Merah, Melaman yang bakal dinaiktaraf.

SIPITANG – Masjid mahupun balai raya hendaklah digunakan untuk aktiviti yang sihat dan bukan digunakan sebagai tempat bagi mewujudkan perpecahan atau perbalahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Sebaliknya, masjib dan balai raya yang dibina perlu diisi dengan aktiviti atau program yang memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

“Jangan jadikan masjid atau balai raya sebagai ruang untuk mewujudkan perpecahan ataupun perbalahan…perkara ini perlu sentiasa diawasi oleh barisan kepimpinan peringkat kampung,” tegas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad semasa program ziarah Ramadan bersama penduduk Kampung Tanah Merah, Melaman, di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Daerah Sipitang, Latip Amat; Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Pendalaman Selatan, Zulkhairi Ismail; Pegawai Pembangunan Masyarakat Sindumin, Abdul Rahman Mohd. Noh dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Yamani Hafez Musa.

Sapawi dan Hafez menyampaikan sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.
Sapawi dan Hafez menyampaikan sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.

Menurutnya, masjid dan balai raya merupakan pentas terbaik kepada penduduk kampung untuk berkumpul dan memperbincangkan pelbagai perkara.

Dalam majlis itu, Sapawi turut mengumumkan akan menaiktaraf Masjid Kampung Tanah Merah, Melaman, di sini bagi memenuhi keperluan dan keselesaan umat Islam di kawasan itu menunaikan ibadah.

“Kita akan berusaha menaiktaraf masjid dan balai raya kampung ini dan semua ini dilakukan kerana kita sedar akan keperluan penduduk dan kita sememangnya sentiasa mendengar akan kehendak penduduk,” katanya.

Jelas beliau lagi,  usaha menaiktaraf masjid dan balai raya itu adalah berdasarkan kepada keperluan dan ia sememangnya diharapkan oleh penduduk kampung tersebut. РSayangSabah

Komen


Berita Berkaitan