Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masjid baharu Taman Merpati dijangka siap januari 2020

Sandakan : Sebuah masjid baharu dibina di kawasan Taman Merpati dan dijangka akan siap menjelang Januari 2020.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid At-Taqwa di sini, pada Ahad, berkata itu pembinaan tersebut menelan kos RM10 juta menerusi kepakaran serta tenaga anak tempatan.

Menurutnya, bangunan masjid dua tingkat dengan reka bentuk istimewa itu akan menjadi tarikan utama para pelancong.

Masjid baharu berkenaan menggantikan masjid yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan jemaah berikutan peningkatan jumlah penduduk dan taman perumahan di kawasan terbabit.

“Kerajaan Barisan Nasional mendengar suara rakyat serta mengambil kira keperluan penduduk yang inginkan sebuah masjid baharu yang lebih besar dan luas.

“Ketika ini masjid sedia ada hanya mampu menampung lebih kurang 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Tetapi, masjid baharu ini nanti dengan kapasiti 2,000 jemaah lengkap dengan pelbagai kemudahan serta reka bentuk paling indah akan memberi keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan ibadah.

“Di samping itu, pembinaan masjid baharu juga membuka ruang dan peluang kepada kontraktor kecil dalam kalangan anak-anak tempatan untuk bekerja dan akan menyiapkannya dalam tempoh 21 bulan” katanya.

Justeru, beliau menggesa penduduk di taman berkenaan dan sekitarnya dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disedia kerajaan.

Dalam ucapannya, Musa turut mengingatkan umat Islam agar terus mengekalkan perpaduan serta mengeratkan silaturrahim tanpa membezakan suku kaum.

Pada majlis tersebut, Musa menyampaikan sijil lantikan kepada beberapa sub kontraktor yang terlibat dalam pembinaan masjid itu./Penerangan-

GIMIK…Musa menurunkan tandatangan pada plak papan tanda nama masjid sebagai gimik perasmian masjid berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan